.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.
Saturday, December 18, 2010
Munir & Syikin
Munir + Syikin from cstproduction on Vimeo.
Posted by Dea NaDieya at 10:09 PM 1 comments
Labels: wedding
Monday, November 29, 2010
Wedding Dato' Dr. Sheikh Muzafar & Datin Dr. Halina
Posted by Dea NaDieya at 11:17 PM 0 comments
Labels: wedding
Saturday, November 27, 2010
Monday, November 8, 2010
Monday, October 25, 2010
~* Selamat Datang ke Dunia Baru *~
Doakan jela tuk kebahagiaan mereka dengan pasangan masing-masing..huhuhu..
- Maisarah Kamaruddin ( my friend )

- Nor Hazila Bt Mohamed Hassin ( my auntie )

HARITH HAZIQ B BADRUL HOSNI..
Sungguh chumil kan!!!
Posted by Dea NaDieya at 3:08 PM 0 comments
Labels: friends
Thursday, October 21, 2010
I will NEVER FORGET
Hye.. lama benorr aku tak tulis kat sini.. saja jek tak nak updated.. tak da menda yg menarik pon kebelakangan nie..huhuhu..
Tapi semenjak dua menjak nie.. aku tetiba lak jadi rindu kat MUADZAM TERCHENTA TUHH.. apsal aku tak tahu arr.. termimpi kot? terlihat gambar2 lama kowt.. wahahahaha..
dalam dibuai rasa rindu tuh.. muncul lah idea yg tak seberapa nie..huhuhu..
- I will never forget the time when I first came to MUADZAM SHAH
- I will never forget the time when I first saw how MUADZAM SHAH looked like
- I will never forget the thought I had in mind.. "Where the F**K is the shooping complex?"
- I will never forget my orientation.. I tried my best to get away from singing that monkey song..tak suke betoolll lahhh..
- I will never forget my first class.. puan sape ntah name dier coz dier dah pindah when I second sem foundation.. but mmg best giler belajar dalam kelas dier.. Happening jekkk..
- I will never forget failing my MANAGEMENT ACCOUNTING subject.. and do it all over again and nasib baik pass..huhuhu..
- I will never forget my dearest classmate and roomate.
- I will never forget my lovely lectures.. terlalu banyak nak tulis kat sini
- I will never forget MUADZAM SHAH TERCHENTA
- I will never forget UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAH)
- I will never forget.. AIBOB.. laman web khas tuk student UNITEN MUADZAM SHAH.. banyak movie n lagu dapat aku download dari sana semasa line tenet mcm F**K jek.. Thanx kpd org yg creat web tuh for us..
Posted by Dea NaDieya at 10:31 PM 0 comments
Labels: my life
Friday, August 20, 2010
Diam itu Indah
Assalammualaikum..
Tadi aku ushar-ushar FB kawan aku
Aku jadi tertarik pulak dengan entri NOTE dier "KELEBIHAN DIAM"..
Kemudian aku terfikir pulak nak post topic tue dalam blog aku nie..
Kepada tuan punye entri tue, aku mintak maaf copy n paste entri anda..hehehe
Memandangkan sekarang adalah BULAN RAMADHAN. So, aku rasa amat sesuai kalo aku post entri tue kat sini.. Hope si dia tue tak marah aku..hehehe..
Ok lah berbalik kepada tajuk kita harini "DIAM itu INDAH"..
Ada banyak HIKMAH, KRLEBIHAN dan HADIS mengenai DIAM nie, diantaranya:-
HIKMAH DIAM
- Sebagai Ibadah tanpa bersusah-payah.
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal
- Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
- "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa banyaklah silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim).
- "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH s.w.t dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim).
- "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi).
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANH CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH IALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALO ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA. YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Posted by Dea NaDieya at 11:56 AM 0 comments
Thursday, August 12, 2010
Akhirnya ~ My Convocation Ceremony ~
Posted by Dea NaDieya at 11:27 AM 1 comments
Labels: my life
Thursday, July 22, 2010
Wednesday, July 21, 2010
*~ Selamat pengantin baru {NurulNadiah & Rizal Ridwan} serta {Siti NorBaya & Rizal Nasaruddin} ~*

{Baya & Rizal}

{Nadiah & Rizal}
Selain dari tu aku dapat jupe keng kawan aku yg HAPPY GO LUCKY tue..
Hari tue mmg tak gering gusi asyik ketawa sampai sakit perotku.. hahahaha..
Mmg mcm nie lah bile masing2 udah berkumpul..
Lama tak jupe lah katakan..
tue pon tak ramai yg datang..kalo tak lagi kecoh umah ustaz CHE NAR tue..huhuhu..

{Geng-Geng Kecoh STPD}
Ada satu statemen kawanku Shikin Roslan..
"Geng2 yg belum kahwen, just tgu masa n giliran jek"
Tak leh tahan statement tue..
Pape pon kita tunggu & lihat jelah WHO'S NEXT???
hehehehe...
Posted by Dea NaDieya at 3:34 PM 2 comments
Labels: my life
Tuesday, March 30, 2010
:: Asal UsuL SOLAT ::
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam
• Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
• Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
• Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
• Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
• Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
• Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
• Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
• Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
• Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
• Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
• Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
• Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
• Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
• Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
• Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Posted by Dea NaDieya at 5:09 PM 1 comments
AwaL...PerTENGAHan...PengHUJUNG..
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."
Posted by Dea NaDieya at 5:04 PM 0 comments
** RaHsia DiSebaLik BiLangaN KuNtuMaN bUnGa rOs**
Berikut merupakan rahsia bilangan kuntum bunga ROS.
1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses
Two of us deeply in love.
3 Roses
I love you.
6 Roses
I want to be yours.
9 Roses
Love each other eternally.
11 Roses
You are the one I love most in my life.
12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses
Secret admirer.
24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).
33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.
36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses
Constant unchangeable pledge.
50 Roses
This is “Regretless Love”.
56 Roses
My love.
66 Roses
Successful love affair.
99 Roses
Love with understanding makes love eternal.
100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.
101 Roses
No other love but you.
108 Roses
Please marry me!
111 Roses
Eternal love.
123 Roses
Free love.
144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses
Everlasting and eternal love.
1001 Roses
Faithful love, ’till forever
So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?
Posted by Dea NaDieya at 4:47 PM 0 comments
Labels: love
Monday, March 15, 2010
~~!! Buat Hal Pulak Akhir Sem Niee !!~~
Geram dan Tension pon ada.. Ada ker patut dah dekat ahkir2 sem nie laptop aku pulak wat hal..
Tak pernah2 dier wat hal selama 4 tahun dulu selain kene format.. sekarang pulak die wat hal..
waaarrggghhhh..tentionnyer aku..tapi nasib baik semua assignment aku dah siap dan dah hantar sumernyer..
Yang aku sedeh nyer sume LAGU aku, GAMBAR aku, MOVIE aku dan ASSIGNMENT aku yg sem2 lepas lesap mcm tue.. Hope Hard disk ok..kalo tak hancur dan punahlah semua harapan aku.. Waaaa...tak sukeeeee...
Tapi bile difikir2 kan balik ada hikmah sebenarnya sume nie berlaku..
Aku leh focus pada FINAL EXAM aku.. Aku leh study dan tak da lah menghadap laptop aku jek..huhu. Tapi aku nak LAGU aku.. banyak tue aku dah cari n dah download selama 4 tahun.. Nape lah sekarang baru berlaku..
Aku pujuk diri aku "Tak pe nadia nie dugaan akhir sem dan ada hikmah sume nie..Think positive nadia..huhuhu"... nak buat mcm mana kan benda dah berlaku.. huhuhu..
sabar dan terima jek dugaan nie..hahahaha...
Posted by Dea NaDieya at 3:48 PM 0 comments
Labels: my life
Wednesday, January 20, 2010
BeRLaku LaGi
Posted by Dea NaDieya at 1:26 PM 0 comments
Labels: my life
Wednesday, January 13, 2010
:: My 1st Story in Year 2010 ::
Sebagai pembuka kata..
Errrmmm agak lama gak aku tak buka blog aku ini n update paper citer terbaru pasal aku..huhuhu...
Tahun baru dalam hidup aku.. Tahun 2010..
Pada mulanya aku ingat tak da apa benda yg menarik berlaku pada diri aku pd tahun nie..Yelah baru start awal tahun kan!! tak jangka pown sume tue nak berlaku dgn pantas sekali..huhuhu...
Tapi aku tak tahu nak cerita mcm mana?
Mcm mana nak mulakan cerita itu? huhuhu..
Awal2 tahun lagi..satu peristiwa yg telah berlaku dalam hidup aku..
Tak lah besar mana tapi memberi kesan yg mendalam dalam jiwa aku ini..
Kenapa harus dier cemburu dengan aku?
kalo benarlah kata dier selama ini yg dier tak sayang aku n anggap aku sebagai seorang sahabat? kenapa harus dier cemburu?
Kawan2 aku yg lain, tak ada pon cemburu mcm dier cemburu..
Adakah dier masih sayang akan diriku ini?
Kenapa dier harus menjadi LELAKI HIPOKRIT??
Aku tak marah kat dier, cume geram yg dier tak jujur pada diri dier semdiri terutama perasaan dier..KENAPA?
Ntahlah..aku berharap agar dier jujur pada diri dier..
Aku akan tunggu pada saat itu...
Nak tahu tak lagi satu citer...
Dalam awal tahun nie gak aku berkenalan dgn seorang laki..
Kenapa aku tertarik nak berkawan dgn dier?
Ntahlah, aku pon tak boleh nak ckp mcm mana..
Hati aku berat mengatakan aku ingin berkawan n bekenalan dgn dier lebih dekat..
Pelik kan!! Tapi benar..hahahaha..
Errmmm....So far segalanya berjalan dgn lancar...
Hope dapat berkawan dgn dier mcm aku berkawan dgn laki lain...
huhuhu...
Ok lah setakat tue jek kot citer aku pada awal tahun 2010 (JANUARI) nie..
Lain kali kalo da citer baru n aku ajin nak up to date..
aku akan post kay...
ok lah chowwwww...
huhuhu
Wassalam...
Posted by Dea NaDieya at 12:51 PM 0 comments
Labels: my life

