BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, December 14, 2009

:: KeBosaNan ::

Assalamualaikum..
hye...

Lama sungguah aku tidak singgah di blog aku nie..
Ntah nape harini tetiba pulak aku teringat tentang blog aku nie..
So, apa lagi aku singgah arr kejap nak coret ape ntah aku pon tak tahu..
main taip jek..huhuhu...

Tuk pengetahuan korang
aku dah masuk akhir sem tahun nie...
tapi aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar...
aku nak grad dowwwhhhhh....
sungguh jeles tgk kawan2 aku yg dah grad, dah keje dan yang paling penting yang sudah KAHWIN...
waaa..aku pulak biler lagi mau keje n kahwin...(gatal)..

Ntah apa daaa ku merepek nie.. tak masuk akal betol lah..
tapi mmg arr aku kebosanan disini..
kire aku kat sini dah jadi super senior..
sume kawan2 aku dah grad...
hahaha...

tapi tak per arr seronok gak belajar..
tak pasayh pening2 fikir mcm mana nak cari duit..
tapi tak leh lama2 pk mcm tue..
nanti kelak kene fikir gak..
mak aku pon dah nak pencen tak lama lagi..
so, giliran aku pulak yg kene cari duit..
huhuhuhu...

tak per lah kene belajar dari sekarang tuk menjadi lebih dewasa dan matang..hehehe
ok lah aku pon dah bosan nak berceloteh kat sini..

paper pon hope korang enjoy dengan hidup korang..
adiooossssss...
wassalammmmm...Muuuaahhh...

Thursday, September 10, 2009

Tag zaman dahulu kala..

Nama penuh:
Rose Nadia Bt Kaderi

Tarikh Lahir:
6 Mei 1987

Tempat Lahir:
Hospital Besar Seremban (sekarang, Hospital Tuanku Jaafar)

Tempat dibesarkan:
Dari dalam kandungan lagi kat Pee Dee..n now baru jek pindah ke Sepang (kira balik kg lah)

1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Nor Fadiana (baru jek dapat contact balik setelah hilang 7thn), Rashidi, Hafizul Amin, Wan Ezyra Syazrin, Siti Farhah Marhaini and Yusra 'Adilah (dah lost contact)..

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Main galah panjang, kejar, polis entry, tingting, baling selipar n banyak lagi (kenangan yg tak dapat dilupakan)

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
tak kawan dgn ko..aku ada banyak kawan lain lagi (huhuhu..lawak lah)..

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
depan umah atas jalan raya..tempat yg banyak kenangan bermain sume permainan tue..

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
banyak antaranya akauntan, arkitek, pramugari..tapi now mcm tak jd apa yg impikan huhuhu..

6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Dragon Ball, Sailor Moon, Detative Conan..

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
jajan n aiskrim batang or yg 10sen tue..huhu.

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
ramai..abg amin, fadiana, yusra, abg eddy, abg hatta, farhah, sume teman sepermainan dulu2 lah..

9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
nadia or awak..hehe

10. Siapa yg mahu ditag?
ntahlah tak tau arr..sapa2 jek lah..

Thursday, August 27, 2009

Yunie & Nuno - Seperti Bintang (Menanti Jawabmu)



Suka sangat dgn lagu ini..
seperti pertanyaan yang berada dalam hati aku..
aku telah penat menunggu jawaban seseorang..

jikalau ada sesiapa yang menanti jawaban seseorang macam aku..
dengar dan enjoylah mendengar lagu ini..

Monday, August 24, 2009

KaLau dan JiKalaU...

Kalau anda jadi orang terkaya didunia?
best giler...beramal jariah didahulukan..kemudian apa lagi melacong arr selurih dunia..

Kalau anda orang terseksi di dunia?
kalo terseksi didunia? hahaha..takkan ditinggalkan oleh si dia kot? hahaha juz kidding..taknak pon jd mcm tue..

Kalau anda perlu terjun dari tingkat 100 untuk membuktikan cinta anda?
kerja giler...huhuhu

Kalau orang kata blog anda teruk nak mampos?
buat dono jek..asalkan kita puas hati dgn apa yg kita buat..

Kalau keluarga tentukan teman hidup anda?
errmm..fikir 2 3 kali..siat latar belakang die..adakah die dapat menerima kita seadanya..kita berhak tuk menentukan siapa yg bakal manjadi pasangan kita..sebab kita akan sehidup semati dgn sidia..

Kalau tiada lagi hari esok?
akan buat sehabis baik hari ini..

Kalau org yang anda benci berada di depan anda?
ntah arr..buat tak tau kot? kalo dier tegur kita tegur jek lah balik..

Kalau anda berpeluang masuk fear factor dan makan benda pelik2?
weeekkk...tak hingin aku.huhu

Kalau ibu bapa anda tiada pada hari esokya?
terima seadanya..redha..hidup mesti diteruskan..

Kalau anda berpeluang jumpa dengan selebriti kesayangan anda, sapa yang anda ingin jumpa?
tak ada kot..bukan fanatik sgt dgn celeb nie..

Kalau diberi lesen membunuh, sapa yang akan kamu bunuh?
err..ak tolak lesen tuh tukar dgn harta bule x..hehe..

Kalau orang kata anda cantik?
fikir sejenak..yeke cantik? tak ada maknanyer..tapi ucap terima kasih jek lah atas pujian mereka tue..nanti kecik hati lah pulak..

Kalau anda ada penyakit aids pada usia muda?
Nauzubillah...mintak jauh...

Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk org lain?
terima seadanaya walaupon hati perit, sakit sesangat lihat diorang berbahagia...kalo tiada jodoh takkan nak melutut merayu pada si dia..lagi buat malu muka jek..doakan jek lah tuk kebahagiaan diorang..

Kalau diberi peluang memenangi anugerah, anugerah apa yang anda inginkan?
anugerah dekan...tapi masih sempat ker? huhuhu...jgn harap arrr..

kalau berpeluang mengahwini bangsa lain, bangsa apa?
jepon or korea..

Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
berfikiran positiv bahawa jodoh sudah tiada..

kalau ramai yang tak puas hati dengan anda sebab mereka cemburu?
takda makna nya nak cemburu dgn aku..
aku tak ada apa keistimewaan pon..

Mengenai org yang tag kamu ni?
budak nie happy go lucky..rindu pulak nak jupe dgn die..lama giler tak jumpa cik wani..wei raya nie nak konvoi lagi nak tak? huhu (asal tetiba masuk pasal raya pulak nie..sesat..)

Monday, July 20, 2009

Kegelisahan..Kerisauan..Kecuakkan Tapi alhamdullillah selesai jua..

Hari jumaat lepas..aku dapat tahu yg stiker kenderaan last ambik hari tue..
dahlah kenderaan tak bawak lagi..stiker tak apply lagi..
masalahnya pada hari tu juga aku baru dapat tau yg stiker kene buat surat apply yg baru..
sem lepas pakai yg lama jek tak per...
mmg mcm dah putus asa dan dah cakap dgn ayah sem nie tak payahlah bawa kete..
ayah agak kecewa juga sebab ayah tak nak simpan kete tue kat umah..
aku pon nak kete..senang cikit aku nak kuar g mana2..
sem nie aku banyak keje giler yg nak kene buat..
yelah takkan asyik nak tumpang dak rumah jek..
nanti diorg kata apa lah pulak..
lagi pon diorg dah tau yg aku akan bawa kete nanti..
cume kete tue tak sampai jek..
tapi nasib baiklah roommate aku tak apply lagi..
sebaba last week dier balik..
so, tadi dier baru nak apply..
aku tak dapat nak apply sebab geran n insurance aku kat kak baini..
bole lah pulak time tue dier tak ada..
frust lah juga..tapi aku tak putus asa..
aku cuba lagi sekali jupe kak baini..
kira mcm nasib aku lah kot..
aku sampai jek bilik kak baini dier baru balik..
oh..lupe nak bgthu..kak baini tue penyelia penginapan tempat aku tinggal sekarang..
kire aku ambik geran lama aku..
dan terus pg n cuba nasib kat wisma nak mintak cop pengesahan..
doa banyak2 yelah sebab tarikh geran n insurance tu tamat 22/7 nie..
kalo lah buatnya die nak gak yg baru tue..
alamatnya habis lah stiker aku..
nie pon dah banyak kenderaan kat tempat aku nie..
huhuhu..
hope stiker masih ada lagi..
akhirnya die approve jugak dgn pelbagai soalan yg abg tue soal aku..
soal mcm nak cari calon isteri jek..
padahal juz nak mintak pengesahan borang stiker jek..
tapi buat muka manis n layan jek lah..
kang buatnya dier tak approve kan tak aku ngis kat situ gak..
hehehe..tak ada lah ngis..gurau jek..
akhirnya lega satu masalah..
tapi ada banyak lagi masalah yg lain..
hope aku dapat selesaikan ia dgn secepat yg mungkin..
insya'allah..aminnn

Saturday, July 18, 2009

Aku Hanya Insan Biasa

Aku hanya insan biasa
Insan biasa yang tak punya apa-apa
Apa-apa yang ada sifat sementara
Sementara kerana bukan milik aku selamanya
Selamanya aku diuji
Diuji dengan pelbagai rintangan dan cabaran
Cabaran yang kadang-kadang tak ku sangka
Siapalah aku untuk suka-suka menyangka
Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Agung
Agungnya sungguh segala ciptaanMu
Ciptaan yang tiada tolak tandingan
Subhanallah
Ku akur dan aku pasrah
Kadangkala aku juga lali
Kerana aku hanya insan biasa
Insan yang dahagakan petunjuk dari Mu
Berikanlah ku kekuatan
Kekuatan untuk membina iman
Iman yang sebenar-benarnya
Hanya kepadaMu..

Thursday, July 2, 2009

Tag FroM c!K Wan!e

1. Bekas kekasih saya adalah :
seorang yg player dan minat pada gadis lawa jek..

2. Saya sedang mendengar :
rintihan hati saya yg tiada siapa yg tahu..

3. Mungkin saya patut:
melupakan sepenuhnya myexbf dan tumpukan pada my study and my project paper..

4. Saya suka :
tgk cita cartoon n mendengar lagu tuk tenangkan jiwaku..

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah yg sentiasa bersama sy dikala susah dan senang.

6.Saya tak paham :
kenapa org kata aku sombong..

7.Saya kehilangan:
org yg pernahku sayang dan kini dia bahagia bersma insan lain..

8.Ramai yang berkata :
tabah dan sabar saja..dan dah makin tembam..diet arr cikit..

9.Makna nama saya :
rose: tak tau mana nya..ayah guna nama nie sempena nama mak aku "rosni".. nadia : kelembutan dan baik hati..

10.Cinta itu adalah :
kasih sayang..kesetiaan..kejujuran..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bergembira..

12.Saya akan cuba :
tabah menghadapi segalanya..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
ntah..sampai mati kot?

14.Telefon bimbit saya :
yg murah2 jek..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
tgk hp..buka tenet melalui hp..

16.Saya paling meluat apabila :
org belagak..menipu..

17.Pesta/Parti adalah :
tempat org bergembira dan lepaskan stress

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing..arnab..hamster..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
awal remaja..tak fikir banyak prob..makin dewasa makin banyak prob..tention siuttt..

20.Hari ini:
berkemas tuk pulang ke muadzam..

21.Malam ini saya akan :
siapkan apa yg patut..

22.Esok pula saya akan :
pg balik PD ambik barang cikit kat umah lama..

23.Saya betul-betul inginkan :
org yg memahami diri ini..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
banyaknyer jerawat..waaaaa..tentionnyer..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah lah..bleh lepaskan tention..

26.Makanan Barat atau Jepun :
dua2..nak juga rasa makanan jepon terutama sushi..

27.Bilik yang terang atau gelap :
redup..nak warna lembut..sebab bilik aku skarang panas giler..petang2 cahaya matahari direct masuk kat bilik aku..

28.Makanan segera adalah :
makanan yang banyak kolesterol..so, kene kurangkan.. huhu

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
berusaha dgn lebih gigih lagi..

Tuesday, June 23, 2009

Hari Ini..

Hari ini..
Terlalu bnyak blaku dlm life aku..
What happen to me today? Ntah aku pun xtau n xdpt jawapan..
Dah tlalu bnyak yg aku tempuh. Sume org kata bsabarla 'rose nadia' hari itu pasti datang jua.
Tp aku tetanya?
Bilakah hari itu? Esok? Mgu dpan? Bln dpn? Tahun dpan? Atau btahun2 lg yg harusku tunggu?

Aku bkata pd driku. Walau org ejek n pandang rendah kebolehan kita. Jgn patah smgt. Kene kuat walau hati sakit mcm mane. Biarla org xnk kwn or ckp dgn kita lg. Hdup mesti dteruskan. Cabaran dunia bru hendak bmula..

Aku akn terus bdoa agar aku kuat n dpt lupekan kisah silam aku walaupun pedih. 1day aku akn buang kisah silam aku kt PD dlm air laut PD. Biarla kenangan pahit 2 terus pg n surut bsama air laut. Tp kalo dtakdirkan btemu lg org 2. Aggapla ia satu kebetulan..

Dgn peristiwa timpa aku. Aku jd seorg perempuan yg xpecaya pada CINTA SANG LELAKI.. Hope aku xjd pmpuan xpcaya laki bwt selamanya..

HARI INI AKU DERITA
HOPE ADA SINAR TUK AKU DIKEMUDIAN HARI.

Monday, June 8, 2009

Holiday in KELANTAN and TERENGGANU

Pada 4hb hari tue. Aku g becuti kat klate n tganu.. Bkn apa ada sdara kenduri kawen kt sana. Alang2 tue terusla g becuti kan? Ala bkn sape yg pg. Family sblah ayh aku gak. Rombongan 1 bas..

Kitorang btolak pa 3hb malam. Kira mlm tu bmalam dlm bas lah. Nasb baik xramai yg pg. Ramai budak2 jek lah. Ayh aku xpg juz aku dgn mak aku jek yg pg. Tp aku duk 1seat sowang. Hehe. Selesa skit nk tdo nti. Lgpun mak aku xsuke duk blakang. Mlm 2 sejuk gle tp nsb baik aku bwak selimut tebal n bntal kecik.. Dpt gak tdo wp sakit pinggang gle..

Aku sampai klate pg n bsarapan drumah sdara aku pas2 pg rumah tumpangan check in kt sana. Lum sempat nk rehatkan bdn dah kene bsiap nk g umah org kawen. Org klate kawen pelik skit.. Lepas tu ingatkan terus blik umah tp terus pg pengkalan kubor. Sempadan siam 2. Bshoping plak kt sana. Mak aku shoping toto..aku xda bli pape pun. Mlm blik umah pun xleh rehat. Mlm 2 ktorg pg pasar malam wakaf che yeh.. Gle seh pasar mlm 2. Mcm2 ada. Tu pun aku xbis rayau. Sakit pingang aku bdiri. Ktorg blik umah pkul 1 pg.. Ada la gak aku beli brang kt sana. Mak aku beli batik.

Keesokannye aku blik tp xterus blik. Ktorang singah tganu. G pasar payang. Kt sana ada gak aku shoping skit. Yg beshnye mak blanja beli batik bwt bju. Tp aku punya yg murahla. Sbb time 2 dorg tgh lelong.. Adala skit makanan aku beli tuk zan.

Lepas 2 ktorg pg kat masjid kristal.. Cantik seh masjid 2. Tegamam sekejap aku tgk masjid 2. Tetiba jek aku berangan kalola aku dpt nikah kat masjid nie kan besh. Apa? Nikah.? Kalo nk nikah kt sini kene crik calon tganu. Tp calon aku org selangor gak. Mpi jekla nadia oi.. Aku pun btolak blik. Ktorg sampai kt sepang pd 6hb pg tue. Pkul 4pg kitaorg sampai. Penat sungguh xtekata tp seronok g rombngan dgn family sendiri..

Monday, June 1, 2009

Apakah benar semua ini?

Lama aku xsinggah dan bceloteh kat sini. Sbnrnya aku tgh cuti skang ni. Awl bln 7 aku masuk blik u.. Dlm tempoh 2bln aku cuti. Mcm2 yg blaku pd dri aku.. Tp lebh kpd duka lah. Dan aku benci kisah duka itu. Tp benda nk blaku. Sapala kita nk elak takdir dan ketentuan allah swt kan?

Aku bkenalan dgn laki. Biarla aku gelar name die Z sj. Z seorg laki yg baik. Sampai aku amat senang dgn die. Tp hati aku xsdap dgn die. Hatiku berat mengatakan ada something dgn laki ini. Tenyata naluri aku teman. Die sudah beristeri n anak 1. Ya allah tkejut aku. Xsangka die tpu aku slama ini? Aku syg pd laki n suami org. Astafirullah..aku amat marah waktu 2. Tp ntah ngapa die pandai pujuk. Aku ada ckp dgn anak die. Comel sgt umur bru 4thn petah bckp mcm ayah die..


Tp lama2 aku sdar. Aku xbole dan bkan perosak rumah tangga org lain. Dan aku dpt rasakan isteri die seorg yg amat baik. Aku xkan rampas suami org wp isteri die izinkan die bkawen lg 1. Itu bkn pendirian aku. Biarla aku tanggung drita 1org dri. Aku redha.. Semoga aku tabah hadapi semua permainan dunia ini. Amin.

Thursday, April 23, 2009

taGged masa Sekolah duLu2.

Sekolah mane paling beshhh, sekolah rendah atau menengah???
dua-dua besh n ada kenangan yg tersendiri..tapi tak bape suka alam universiti..terlalu banyak tekanan kawan pon tak baper ramai..huhu..

Makanan ape yang x boleh lupe kat kantin sekolah???
sek rendah, nasi lemak dier..sek men, masakan ayah paan lah..hehe

denda paling trok kne, kenapa???
masa darjah satu kene berdiri atas kerusi n kene rotan kat kaki, tapi bukan aku sowang jek yg kene arr, ramai lagi yg kene.. sek men tak ada kot, aku jadi budak baik time sek men..ecehhhhhh..tapi naik from 5 jadi nakal cikit sebab ada cik wani ..hehe

pilih satu hari yang bosan di sekolah. kenapa???
ntah tak ada kot? sume aku suka..

cikgu fevret, kenapa?
sek rendah cikgu sains aku time darjah 5 n 6 coz dier banyak naikkan semangat aku agar jgn mudah putus asa sampai sains aku tak pernah dapat B terus dapat B.. sek men still jugak cikgu sains tapi dah lupa nama dier, dier lawak n pandai tarik perhatian n minat aku..

bende yang x penah tinggal selain buku, pensil case.
cermin mata coz aku selalu kene duduk belakang..naik f5 hp aku lah..hehe

perasaan ketika nak tunjuk report card kat parents?
takot sesangat..kene marah dgn mak..sampai sekarang alam u nie still takot nak tunjuk result kat mak..ayah ok lagi..

pernah x rase jeles ngan member yang markah tinggi? apa korang wat??
ada jugak kadang2..cuba dan terus mencuba..

jawatan paling beso penah korang pegang?
sek rendah aku jadi pengawas kebersihan..mmg dugaan kene kaga kantin time puasa..sek men aku tak giler kuasa..aku slow n steady time sek men..hehe

rindu x nak balik sekolah semula??
mestilah..sek rendah n menengah tak pernah stress mcm nie..enjoy jek.. naik u mmg tahap tention nak mampos..silap hari bulan bole bawak jadi giler tau!!

Tagged From Cik Wanie

Adakah anda suka blogging? Kenapa?
yes..i like n love it so much..sebab bole luahkan apa yg terpendam dalam lubuk hatiku ini tapi bukan semua nyer aku citer..hehe

Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
yg ada update terutama n selalu ialah cik wani kita..hehe

Anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
yesss...of course.. who? i dont know..my mr right kot? tunggu n lihat jek lah..hehe

Taken or single?
single but not available.

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
iyerrr..banyak kali tapi biar lah.. maybe true love akan datang kepada diriku ini one days..

Ciri-ciri idaman bf anda? Nyatakan 5.

1. memahami diri aku seadanya
2. tahan dgn sikap aku yg kadang ada baran nyer..
3. selalu menggembirakan aku..
4. saling menasihati aku..kelakar
5. beriman..berkerjaya tetap..

Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
ntah lah..tapi ada org kata aku patut kawen sebelum umur 25 tahun.. ntahlah kita tunggu n lihat jek lah sapa jodoh aku..

Nak berapa anak?
paling ramai 3 or 4..save baget ekonomi masa akan datang tak tentu lagi..hehehe


Thursday, April 2, 2009

FiNaLLy..Aku Cuti 3 Bulan..

yahooo....
final exam aku dah hadis..
kepada sesiapa yang belum habis final exam atau menduduiki final exam tue..
jgn jelez tau aku dah cuti..
hehehe..
sesiapa yg belum menduduki final exam tue..
aku disini mendoakan semoga korang berjaya menjawab final exam nanti ek!!
hehehe...

kawan aku semua dah grad..kira nie sem akhir diorang lah..
lepas nie bermula alam dan hidup baru didalam duni pekerjaan pulak..
aku jek tak habis lagi..tue lah sapa suruh cari pasal gatal2 nak extent..
kan dah habis lambat..
tapi tak paa.. saat itu pasti akan menjelang jua..
just hanya menunggu dengan penuh kesabaran saja..hehehehe..

kepada kawan2 aku yg dah habis tue..jgn lah lost contact terus dengan aku ek!!
nak makan nasi minyak nanti jgn lupe pulak jempot aku disini ek!!
kesian aku tak habis lagi nie..
dapat gaji pertama tue jgn lupa belanja aku ek!!
hehehe..gurau jek..

anyway..aku wish all da best pada korang semua..
aku sayang korang semua..
semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat..insya'allah..aminnn...

Sunday, March 29, 2009

Aku dah ada seorang abang

Lately, aku telah dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik..
dier adalah sahabat aku dan abang kepada aku..
aku kira syukur gak dapat jumpa dengan dier disaat nie..
disaat aku kesepian dan keresahan disini..
dier merupakan abang yang paling besh bagi aku..
dier nie suka sangat mengusik aku..
lama2 kira naik geram gak dgn dier nie...
rasa nak tumbuk jek dier bila time dier usik aku..geeraaammm sesangatlah gerammm..

Nama die Mohd Zan Rashid...
dier nie baik dan banyak beri nasihat kat aku..
sedarkan aku agar aku jangan terlalu lalai dgn keduniaan sehingga melupakan akhirat sana..
lama besh gak berkawan dan berkenalan dgn dier..
walaupon dier sibuk amd aku selalu kaco dier buat keje..
tapi ntah dier mcm tak kesah pon aku kaco dier..
lama2 aku rasa bersalah gak kerana kaco dier buat keje..
tak pe lah nanti aku akan cuba kawal sikit dari kaco dier buat keje dier tue..hehehe
cian plk tgk die...

Ada perkara yg aku tak bole tahan dgn dier nie..
ada ke patut dier suruh aku kawen dalam masa terdekat nie..
dier kata mesti kawen sebelum umur aku mencecah 25 tahun..
giler apa..
orang n calon pon tak ada lagi nak kawen pekebendanya..
dier yang patut kawen dulu dari aku sebab umur dier dah mencecah umur 29thaun..
aku stil young lagi..
dier kata pompuan tak patut kawen umur lebih 25tahun..
dier kata nanti seri tue hilang?
betol ker mcm tue?
dier kata dier laki, dier tau cita rasa laki..
betol ker? tapi bg aku setiap org ALLAH swt telah tetapkan jodoh masing2 cuma cepat atau lambat jek jodoh tue sampai..
Aku yakin jodoh aku akan sampai cuma tak tau bile jek..

pape pown aku amat suka berkawan dgn dier..
dier hadir disaat aku perlukan seseorang..
aku amat gembira dgn hadirnya seorang lelaki yg bergelar abang bagi diri aku ini..
walau bagaimana pon aku tetap tunggu sham or haris..hehehe
die suruh banyak doa agar ditemukan dgn org yg betol, soleh dan bole bimbing kita ke jalan yg benar..

Tuesday, March 24, 2009

Exam Week..

Hye..lama aku tak update blog nie..
sorry lah buat dalam masa 2 minggu nie aku bz dengan exam aku..
tengah penin pala n tention..
tapi aku lega satu paper telah aku lalui dgn dugaan yg hebat..
sebab ada satu soalan spot yg tak kuar..
3 soalan spot alhamdulilah aku dapat buat..
dan satu lagi soalan spot yg kuar tapi susah giler yg teramat sgt..
ramai yang tak dapat jawab..
bukan aku sorang jek..
ada geng arr..huhuhu..
actually soalan tue senang sebenarnya bila aku tgk balik kat umah..
cuma ayat dier tue lecture juz pusing sikit dari latihan tutorial..
so, ramailah yang tak dapat menjawabnya..
alahai soalan..nape ko keluar mcm tue..hehehehe..

aku ada lagi 3 paper yg harus aku temouhi..
  1. Psychology - aku suka subjek nie bile time lecture mengajar, tapi tak suka time jwb exam..sebab aku tak suka menghafal dan membaca..kira2 tue aku suka arr..juz hafal fomula..aku bab2 mengarang ayat nie lemah cikit..english aku bukan power sgt..huhu.. tapi pape pon I WILL TRY MY BEST..
  2. Finance Theory - aku suka gak subjek nie..juz cume subjek nie pon theory laaa.. calculation juz satu soalan jek.. hope yg 1 soalan tue dapat membantu aku..
  3. Bank Management - subjek nie aku bole larr kira suka gak..final die kuar balik soalan yg hampir sama dgn midterm..midtermaku kira okey gak lah dalam subjek nie.. ada theory n ada calculation..hope dapat membantu aku..amin..
Korang doakan aku dapat jawab ek!!
aminnnnn...

Tuesday, March 17, 2009

RaHmaT UjiaN..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Memmpunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau seksa ada hikmahnya

Harus ada masa bersyukur
Disetiap kali ujian melanda
Itu jelasnya membuktikan
Allah swt mengasihmu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah swt rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah swt rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu..

Friday, March 13, 2009

tag dari cik wani lagi (ko nie dera aku betol lah)

1. hubungan anda dengan si dia?
ermmm..ntah ler..saya pon tak tau apa status sy pada die..ada 2org, masing2 tanak or takot nak bg komitmen lagi..bz dgn kerjaya masing2..

2. dimanakah kali pertama anda dan si dia bertentang mata?
Kalo dgn si A kat pantai Teluk Kemang..Kalo dgn S, alam maya (skype)..

3. bilakah dan di manakah tempat/lokasi terakhir anda dan si dia menghabiskan masa bersama-sama?
Kalo dgn si A tak ingat tarikh tapi 4thn yg lalu..Kalo dgn si S dapat bulan 12/2008 b4 die betolak pergi Thai..

4. berapakah usia perkenalan anda dan si dia?
Dgn si A 4bulan sebelum lost contact selama 4thn...Dgn si S also 4bulan gak..hehehe..

5. berapakah usia perhubungan serius anda dan si dia?
Si A, 3bulan..Si S, 2bulan..

6. umur anda/si dia pada tahun 2009?
Saya, 22tahun..Si A, 30tahun..Si S, 27tahun..

7. tugas hakiki anda/si dia sekarang?
Saya student lagi..Si A businessman..Si S engineer..

8. dalam masa 5 tahun dari sekarang, apakah yang anda/si dia sedang lakukan?
Sy tak tau lagi, maybe bekerja kot? sebagai apa sy tak sure lagi. tgk rezeki..Si A duduk di Saudi Arabia, kendali business dier kat sana..Si S, jadi salah sowang ahli lembaga engineering di malaysia kot? coz dier pernah bgthu taget die yg tue..

9. adakah anda/ si dia cinta pertama si dia/anda?
Saya, tak lew..Si A, tak jugak pernah bertunang n putus tunang..Si S pon tak, pernah bercinta tapi awek die kawin lain..

10. jika si dia berada di samping anda sekarang, apakah yang anda mahu lakukan?
Ntah lew..tak dapat nak bayangkan lagi..dgn si A die nak lain..dgn si S plak nak yg lain..dan tak tau mana satu jodoh aku..

11. pesanan terakhir dari anda kepada si dia?
Si A, akhirnya dapat gak jumpa nadia balik setelah bertahun mencari..Si S, jangan bersedey, kuatkan semangat, semua nie adalah dugaan dari ALLAH swt..

12. pesanan terakhir dari si dia kepada anda?
To si A, betol ke tak ganggu life awak setelah saya muncul balik..To si S, kemana menghilangkan diri, sibuk dgn keje ker?..

13. perkara yang paling membuatkan anda mengingati si dia?
  • Si A, Pantai Teluk Kemang..1st time jumpa die disitu bertentangan mata..
  • Si S, Gamba dier yang ada dalam hp saya..selalu gak tgk..rindu..
p/s : nak sgt jumpa dgn si A sebelum dier bertolak pergi Saudi Arabia pertengahan tahun nie or akhir tahun nie.. Kalo tak napa bole jumpa n contact dier balik.. mesti ada sesuatu yg akan berlaku..cuma apakah benda tue? saya tak dapat nak pastikan lagi..Kira kali terakhir gak lah jumpa dier sebelum dier fly ke Saudi Arabia tue..memang nak sesangat..Kalo dgn si S tue, juz terpaksa tunggu die pulang dari Thai dgn penuh sabar..Hope ada peluang tuk berjumpa dgn dier..

Thursday, March 12, 2009

Mengapa Harus DiriKu Lagi...

Walaupon dah bertahun aku mengenali dirinya..dan terpisah selama 4thun..tapi aku merasakan seolah2 aku baru saja mengenali dirinya beberapa hari yang lalu..segala kotak memori aku pada die yang telah aku padam 4thun yg lalu..terbuka kembali..aku rasa mcm aku ingin mengenali dirinya kembali..sekali lagi aku dapat tahu yg dier akan pergi oustation tak toronto...dan lepas balik saja dari outstation tue dier akan pindah ke saudi arabia dan bekerja disana selama 5tahun..

Mengenangkan perkara tue..aku rasa mcm menyesal jek pergi contact balik diri dier..bodoh kah aku? aku telah buka buku lama dan memori lama yg telah lama aku padam dari kotak ingatan aku..dier pernah mengaku yg dier dulu suka pada aku..dan sekarang die dah malas dgn sume benda tue..sebab die pernah dikecewakan oleh seorang perempuan yg bernama tunang dier..situasi dier sama mcm aku..pernah dikecewakan..

Mengapa diriku yg harus lalu semua ini sekali lagi..semua laki yg baik dan bole dianggap kawan yg banik kepada aku..mesti akan pergi jauh meninggalkan aku jauh keseorangan sendiri disini? apakah hikmah disebalik semua kejadian ini? aku dah lupa kan dier 4tahun yg lalu..dan sekarang dier muncul kembali dalam hidup aku..adakah perkara ini satu kebetulan atau mmg telah dirancang atau ditulis oleh ALLAH swt keatas diri aku.. dah dapat org yg menyayangi diriku..sekali lagi org itu pergi tinggalkan aku sendirian disini..adakah mmg benar aku mmg ditakdirkan sendirian?

Arrrrggghhh....
memikirkan perkara ini membuat aku bertambah tention dan stress..
tambah lagi peperiksaan FINAL EXAM bakal kunjung tiba tak lama lagi..
tapi mengapa perkara ini harus terjadi sekali lagi time aku akan menduduki FINAL EXAM? adalah ini merupakan satu lagi ujian tuk diriku..

YA ALLAH jikalau benar ini ujian kau buat aku..
Aku mohon padamu..kau berikan lah kekuatan dalam diriku ini sekali lagi tuk aku menenpuhi segala rintangan dan ujian yg telah engkau turunkan pada aku..
AMIN..

Wednesday, March 11, 2009

+LelaKi yaNg Pernah Hadir Dalam HiDup aKu saTu KetiKa Dahulu+

Sedar tak sedar dah 5 tahun berlalu..
satu ketika dahulu lelaki yg pernah hadir dalam hidup aku muncul kembali..
sebenarnya aku yg menghubungi mereka..
ntah mengapa satu hari tue hati aku berat tuk membuka buku lama aku (kira mcm diari lah..ada alamat dan num tepon kawan2 aku)...
pelik kan setelah sekian lama aku menghubungi mereka kembali..
tapi perkara yang aku lakukan itu adalah benar belaka..
saja aku cuba menghubungi mereka..
ada yang masih menggunakan num yg sama lagi..dan tak kurangnya ada yang dah tukar num kot?
sebab aku tak dapat menghubungi mereka..

Salah sowang laki yg berjaya saya hubungi:

++ Wan Mohd Aris @ ascaris bin Wan Husin @ kasim++
  • Umur 30thun..tarikh lahir tak ingat.tapi asal Kelantan..duk kat KL..
  • Dulu masa saya mengenali diri die. die sorang pembantu doktor kat HUKM..
  • Sekarang dapat tau dier dah lama benti keje tue dan buat business properties..ada syarikat sendiri..dan banyak cawangan kat malaysia nie..
  • Sapa sangka kan dalam masa 5 tahun jek dier bole berjaya mcm tue jek..
  • Masih ingat lagi dulu dier pernah jumpa aku dan sanggup datang PD..dier belanja aku makan kat tepi pantai teluk kemang..time tue dier still muda lagi..umur dier time 26 tak silap aku..
  • Dier agak berkarisma dan ada gaya gak lah..
  • Dier seorang yg agak tegas gak..
  • Aku ingat lagi first time aku contact dier..tak pasal aku dapat motivasi percuma dari dier gara2 aku malas nak buat assmt aku..aku tau arr dier keje part time sebagai penceramah dan motivator dan universiti2 yg mana perlukan khidmat dier..tapi dgn aku2 sekali kene ceramah free dari dier..aduhai..nasib2..
  • Dier nie pernah bertunang..dan aku dapat tau yang dier dah lama putus tunang..
  • Dier gak pernah berkata, dier ada cari aku selepas beberapa tahun lepas aku habis SPM..kan aku tukar num..dier marah aku sebab tukar num tak bgthu dier..aduhai kene ceramah lagi sekali..tapi apa yg dier ceramah kan tue betol gak..dan aku ikot..hehehe..
  • Dier pernah tanya kenapa bole tergerak hati nak contact dier balik..ntah arr..aku jawab kat dier..dah jodoh nak jumpa balik kot?..dan tue bermakna aku dan die ada jodoh akan berjumpa kembali..
  • Betol lah kata org..walau baper lama pon kita pisah dgn org tue..kalo die dah takdirkan tuk kita (kawan or kekasih) lambat atau cepat, pasti akan bertemu kembali..contoh yg ada kat aku sekarang adalah dier (WAN MOHD ARIS)..
  • untuk pengetahuan korang..aku dgn dier dulu pernah bercinta..tapi tak lama arr..bertahan dalam 6bulan kot..seingat aku kita org pisah pon sebab dier nak ajak aku kawin..giler apa..time tue SPM pon aku tak lepas lagi dah nak kawin..Dier kata dier mampu nak taggung kos pembelajaran aku kalo aku dapat masuk Universiti..betol2 gile time tue..
  • Aku tolak dier..dan tak lama tue aku dgr dier bertunang dgn pilihan family dier..tapi sekarang aku dapat tau yg dier dah lama putus tunang sejak 3 tahun yg lepas..dah tak da jodoh kata kan..
  • Lepas aku pisah dgn dier tue lah aku jumpa dengan ABUL WAFI KAMALI.kami couple selama 3tahun 3bulan..dan ternyata jodoh aku tak berpihak pada aku..kami pisah jugak..
  • Dan sekarang aku bertemu kembali dengan lelaki yg pernah muncul dalam hidup aku seketika dahulu..

Aku tak nak buat andaian awal tentang pertemuan kembali yg tak dirancang dan tak diduga ini..terlalu awal tuk mentafsirkan sume kejadian ini..baik berkawan dulu dan mengenali hati budi masing2 dulu..dan kalo betol2 ada jodoh dan jodoh aku dgn dier..tue adalah..aku tak kesah pon sapa dier..kaya atau miskin..rezeki tue bole dicari..yg penting menerima aku seadanya..huhuhu..lagi pon ntah aku masih nak tunggu sham..tapi kalo benarlah jodoh aku dgn sham tak ada..jodoh aku dgn aris..aku terima seadanya...

Pepatah atau ayat yang sentiasa menarik oerhatian aku selama ini:
  1. Takkan Lari Gunung Di Kejar (kalo sesuatu benda tue milik kita..tetap akan menjadi milik kita)
  2. ALLAH swt akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum ALLAH swt menemukan kita dengan orang yang betol2 milik kita.
  3. Kalo sesuatu yang kita sayang tue pergi jauh dari kita,lepaskan lah ia pergi..ia akan kembali pada kita jika benar ia milik kita.

Pada mulanya aku tak percaya dgn semua pepatah dan kata2 ini..
dah benda berlaku depan mata aku sendiri baru aku sedar yg kata2 itu benar2 belaka..
tapi buat masa ini..ada perkara penting yg harus aku lakukan iaitu STUDY aku..
aku kene setlekan STUDY aku dulu..baru fikirkan semua benda ni..tapi dah kalo jodoh aku dgn dier sampai awak nak wat mcm mana kan!!
terima seadanya..

P/S: pesanan ini tuk wani.."ko nak sgt aku cari org lain sementara tunggu sham kan? dah tak payah nak cari dah..org tue datang sendiri kat aku tanpa diduga.kalo ikotkan mmg aku contact dier..tapi itu dah naluri aku..dan sekarang dier plk yg selalu call aku tiap2 malam..hehehe..aku dah tak baper nak sunyi tapi jauh sudut hati aku tetap merindui SHAMSUL MIRZA.."

Monday, March 9, 2009

~*Saat Terakhir - ST 12*~



lagu ini banyak membawa makna dalam hidup aku..
terlalu banyak dan ada kaitan dalam hidup aku mengenai lagu ini..

++Tagged - Top 5 (Versi Nyawa)++

Untuk Top 5 Spesel (Versi Nyawa) ni, sila senaraikan 5 yg paling spesel dalam hidup anda berdasarkan kategori2 berikut. Dan sertakan sedikit ulasan dalam bracket eh (jika perlu).

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:

  • Mak & Ayah (merekalah nyawaku)
  • Muhammad shamsul Mirza (Bf aku yg aku rindui)
  • Stpd frenz (wani..aizat..jay..nana..n ramai lagi)
  • Uniten frenz (idayu..nur..naza..n ramai lagi)
  • kamoo..(aris..zan..sham..n sume kawan laki yg ku kenali)
5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang (Jika Ada):
  • tommy..
  • cocot..
  • nowwy..
  • momot..(tapi dah mati)..
  • more..(all above are my cats name..banyak lg tapi x ingat nama..hehe)
5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:
  • Reality or Fantasy (blogspot).. Aku dan Duniaku (blogdrive)..
  • miss sonny..miss nokia (my hp)
  • Cik fiyfiy (ma teddy yg wafi bg sayang nak buang)
  • cik selalu bawa masalah (my laptop)
  • Bantal kecik (meneman tidow)
5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:
  • Makan (tp skang nk kwal mkn..nak diet cikit)
  • Minum (tiap2 minit mnsti minom)
  • Ma hanpon (msti dier nie kne ader)
  • Duit (klo xde duit xbley blnje kn)
  • Ma bantal (oppss!)

Wednesday, March 4, 2009

kaer - mentera semerah padi




lagu kaer paling best dalam af2..
like him n his performance so much..
naik bulu roma time kaer nyanyikan lagu ini..
miss this moment so much..
love KAER n love NUBHAN..

Tuesday, March 3, 2009

+TaG FroM C!K waN!e BecOk+

1. What have you been doing recently?
* lepas tgk email yg "dier" balas..gumbira sgt2..hehehe..dan segala homepage yg ada..

2. Do you ever turn your cellphone off?
* never..coz tgu panggilan or msg dari "dier" yg mustahil akan tiba..

3. What happened at 10.am today?
*bru bgun dari tdo sebab tention claz pg tadi cancel tue pon sbb kawan msg nak jumpa..hehehe..

4. When did you last cry?
* sabtu lepas coz terlalu rindu akan "dier"..

5. Believe in fate/ destiny?
* erm..percaya kot..sume nyer telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t.

6. What do you want in your life now?
* nak sesangat jumpa dgn "dier" dan berbaik semula dan berkawan dgn wafi tue pon kalo wafi sudi..

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
* sentiasa ada dalam beg aku..so, tak takot arr kalo hujan or panas..payung sentiasa ada disisi aku..

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
* b4 sleep selalu bayangkan si "dier" perkara wajib tue..hahaha..

9. What bottoms are you wearing now?
* jeans..coz lepas jumpa kawan terus lepak kat cc..

10. What’s the nicest thing in your inbox?
* erm..semua email yg "dier" sent..sayang nak padam..kenangan dan pengubat dikala rindu..wahahaha..

11. Do you tend to make the relationship complicated?
* xmo la..ape ar..huhu..

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
* tak ada pon..

13. What was the last movie you caught?
* erm..movie tak ingat citer apa tapi kalo drama taiwan ingatlah cite Fated to love you..best sgt citer tu tapi lum kuar kat tv arr..pinjam cd kawan..

14. What are you proud of?
* ntah lah saya pon tak tau apa kelebihan yg ada kat diri saya nie..hehehe..

15. What does the oldest text message in your inbox say?
* msg dr "dier" berbunyi mcm nie.. 'jgn sedey2..happy always..setiap org bukan perfect..ingat solat dan jgn lupe doa banyak2..stay cute..smile always..selamat maju jaya..bye darling..'

16. What was the last song you sang out loud?
* erm..ST12-Saat terakhir..

17. Do you have any nicknames?
* dieya (my mom n dad)..rose (kawan sek men)..nadia (kawan U)..

18. What does the newest text say?
* "jaga diri baik2 dya..miss you so much..bye darling"..waaa i miss him toooooo..

19. What time did you go to bed last night?
* lewat..kul 3pg.. habiskan tgk cite "Fated to Love you"..

20. Are you currently happy?
* now im happy..

21. Who gives you the best advise?
* my parents..myself and my hero..

22. Do you eat whipped cream straight from the can?
* ye kot..

23. Who did you talk on the phone last night?
* tak ada sapa pon nak call saya..waa sedey tau!!

24. Is something bugging you now?
* naper la "dier" tak balas email aku..rindu..

25. Who was the last person to make you laugh?
* dier..finally dier balas email aku..

Tuesday, February 17, 2009

++Think of You..Miss You++

MyHotComments.com






MyHotComments.com


MyHotComments.com

Saturday, February 14, 2009

~~Hari Valentine yg membosankan!!++

hari ini tanggal 14 febuari..
ala..orang kata hari valentine kan!!huhuhu..
tapi sebagai org islam, kita haram tuk menyambutnya..
apatah lagi mengucapkan kata HAPPY VALENTINE DAY kepada pasangan kita..
berdosa besar tue..huhuhu..
tapi nasib baik arr aku tak berpasangan..aku solo kat sini..
pasangan aku berada jauh diperantauan di negara org..hehehe..
kalo tak aku pon termasuk dalam golongan orng2 nie kot??
berkurang lah lagi pahala aku..huhuhu..

walaubagaimana pon kan!!
aku kebosanan arr kat sini..
sume kawan2 aku keluar g jalan2
aku jek teperuk kat BANDAR MUADZAM yg tercinta nie..
wakakakaka..padam muka sapa suruh masuk UNITEN kan!!
nasib n rasalah semua kesunyian nie..
hehehe..tapi aku bernasib baik arr..
selama bertahun aku bertahan kat muadzam yg tercinta nie..
akhirnya..akhir tahun nie dalam bulan november aku akan SAY GOOD BYE kat MUADZAM nie..

tapi time tue bermula lah satu episod baru dalam hidup aku..
aku akan tempuhi pulak alam perkerjaan yang lagi banyak dugaan nye dari alam universiti nie..huhuhu..
tapi nak wat mcm mana dah lumrah hidup mcm tue..
kene lah tempuhi dengan hati yg rela dan terbuka..

eh aku dah lari dari topik asal nie..
hehehhe..
tapi kat sini aku mmg nak kata yg aku mmg amatlah bosan kat sini..
ada kekasih pon jauh dimata tapi yg penting dekat dihati..
huhuhuhu...
aku hanya mampu berdoa tuk sham kat sana agar kesihatan dier baik2 saja..
huhuhuhu....

Tuesday, February 10, 2009

~~++MerinduiMu~~++

huh...
last msg n email aku dapat dari sham adalah hari sabtu lalu...
baru jek beberapa hari dier tak balas email aku..
tapi aku rasakan mcm bertahun dier tak balas email aku...
aku termenung lagi..(bak kata cik wani..) aku nie jenis yg suka termenung n berangan..
hehehe..baru aku sedar lah wani bile ko cakap mcm tue..hehehe..

hai..
biler lah aku akan dapat bertemu dan berjumpa dgn dier..
waaaa..rasa mcm nak terbang jek ke THAI tue nak jumpa dgn dier...
waaa...nak sham...
aku nie dah giler bayang nie..hahahaha..
dah angau nie kata roomate aku...
ntah lah..yelah kot?

tapi aku boleh control lagi..
nasib baik segala kerja aku tak terjejas lagi..
masih berjalan mcm biasa..
hope akan berjalan mcm biasa walaupon masa akan tetap berjalan...

sham ketahuilah bahawa aku sentiasa merindui mu dan sentiasa menunggu mu selagi nyawaku dikandung badan....

Monday, February 9, 2009

~~~wedding Plann~~~++

1. How old are you?
21 tahun 8bulan..

2.Are you single?
no..dah ada dah tapi terpisah jauh oleh sempadan negara org..(sesetgh org jek tau sapa)..

3.At what age do you think you'll get married?
maybe 3 or 4 years from now..tgu org jauh tue masuk meminang..(kalo tak ada suruh jek mak aku carikan..hehehe)..

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
insyaAllah..berdoa..bertawakal dan berserah saja pada jodoh..

5.If not, who do you want to marry?
Don't know..ada org yg hendakkan aku selain dier..tapi ntah berserah pada jodoh..

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
erm..my fren myb..dunno..

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
buat kat hotel tapi ala tema garden yg penuh dgn bunga ros (ala2 nama aku 'rose') tuk jemputan kawan2 aku dan sedara aku..tapi ala tradisional buat kat kg umah nenek aku tuk sedara mara aku..(yg nie kene buat..kalo tak nak kene mengamuk dgn nek or makcik2 aku..hehe)..

8.Where do you plan to go on honeymoon?

autralia, new zealand or korea..like that place so much..

9.How many guests do you think you'll invite?
ramai..satu sekolah dulu..satu u..dan kawan tempat keje..hehehe..

10.Will that include your exes?
nth..

11.How many layers of cake do you want?
erm..tak fikir lagi..yg penting kek tue mestilah sedap yg teramat sgt..

12.When do you want to get married, morning or evening?
ala tradisional tue siang arr...kat hotel tue malam arr...hehehe..

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding
tak tau lagi..maybe akan jempot artis kot..

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
nih..stndard..ikot situation..

15.Champagne or red wine?
kan benda2 nie haram dalam islam..so kene ikot adat arr..hehehe..

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
apa punya soalan daaa..ntah tak tau!! ikot my hubby nanti lah..tapi takot gak nak tempoh malam pertama tue..hehehehe..so better lepas wedding..kene betol2 bersedia dari segi mental dan fizikal..hehehe..(gatal lah aku nie..)

17.Money or household items?
kene sediakan semua tue sebelum nak kawen dgn aku..kalo tak kene reject..hahaha..(but im not materialistik tau!!..)

18.How many kids would you like to have?
ntah berserah pada rezeki allah nak bg..tapi kalo boleh mesti lengkap arr da boy n gulz dan leboh dari satu..coz aku nie anak tunggal..so, fam aku mesti kene meriah cikit..hehehe..

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
boleh lah kot..buat kenangan..hehehe..

20. Whose wedding plan would you like to know next?
shahril..norlin dan sapa2 jek yg masuk n tgk blog nie..

Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu...SHAMSUL MIRZA...




lagu nie buat aku teringat akan insan yang amat aku sayangi yang kini berada di jauh perantauan kat THAILAND,BANGLANG...(SHAMSUL MIRZA)..

pemergian dier kesana tak ku duga..
pemergian secara mengejut..
yang diatur oleh TNB...
rasa frust sesangat..
tapi nak wat mcm mana kan!!
mungkin nie merupakan salah satu dugaan buat aku dgn dier kot..?
sabar dan berdoa jek lah...

kadang2 jelez gak tgk kawan2 aku bahagia dgn pasangan masing2..
aku jek yg jadi mcm nie..selalu jadi mcm nie sejak 3tahun yg lalu...
kalo boleh aku nak jek kembali ke sekolah menengah dimana aku hidup happy dan tak da fikirkan semua hal nie...

tention jugak kan!!..tapi sham kata hidup mesti diteruskan..
kalo kita sayang seseorang tue..
kita hendaklah sentiasa berdoa agar kasih sayang kita tak kan padam buat org yg kita sayang tue..
insya'allah aku akan tabah hadapi semua ini dan terus menanti kepulangan SHAMSUL MIRZA
mcm dalam lagu nie...
menanti penuh kerinduan dan jgn pulak die tak PULANG..
hehehehe...aku sanggup ambik risiko tuk menanti diri dier selama 3 tahun..
ada jodoh adalah..tak kan kemana...
hope jugak dier pon sanggup menanti diriku dan setia padaku...aminnn...

Friday, February 6, 2009

ntah paper punya soalan daa..

1. How did you meet wafiy?
mcm mana ek!!..dulu arr dalam chanel chat@15..now he's my exbf..

2. Does aizat make you hot?
tak da pown..he's always make me happy..becoz he is 1 of the my best frenz..

3. In a race between you, aril and sham, who would win?
eh..mestilah aku..ladies first kan!!..hehe.

4. Have you dreamt of ziana before?
pernah kot..dier jadi penari..menari dgn aku..

5. Ever slept in the same room with izam?
eeee..gila ka?? belum nikah lagi mana leh tdo sama..haram..

6. Who would be a better superhero sidekick between shamsul mirza and izam, and why?
mestilah shamsul mirza..becoz always been hero in my heart...

7. Do you do anything special with wani?
yes..she da only 1 my best frenz..tempat aku luahkan masalah..hehehe..

8. What would you do if riemie confessed love to you?
i dont know..hehehe

9. If fariq were to be mistaken for a celebrity, who would it be?
ntahlah..aku pon tak tau..tapi yg aku tau kezen aku sowang nie pemes kat uitm shah alam..
dier ada band sendiri dan selalu wat persembahan..hehehe

10. If jalilah were to be mistaken for a celebrity, who would it be?
ntah...tak terfikir pulak..

Tuesday, January 13, 2009

~Aku Masih mencari~

Dalam hati ku ini sering bertanya..
Apakah nasib diriku ini..
kenapa semua ini sering saja berlaku keatas diriku..
Apakah salah diriku ini..??
Lelaki sering datang dan pergi dalam hidupku ini..
Ada yang serasi dengan aku dan tidak kurang jugak yang menyakitkan hati ku ini..
Aaaaarrrrgggghhhhhhh...mengapa semua ini harus berlaku diatas diriku ini..
Apakah salah dan dosa aku dimasa lalu..??
Bekas kekasih ku kini berbahagia bersama insan lain..
Aku disini menangis melihat kebahagiaan dirinya..
Sedangkan diri aku terkapai-kapai mencari cinta itu..
Dimanakah cinta itu?
Adakah semua lelaki ini sama saja..
suka mengambil kesempatan diatas diriku ini..
Aku telah menemui insan yang serasi dengan diriku..
Tetapi ada pulak masalah disebalik perhubungan aku dan dia..
Dalam hati dan naluri aku berkata bahawa dia lah pilihan ku..
Tapi kenapa ALLAH jatuhkan dugaan kepada diriku..
Dier pergi jauh atas kerja di THAILAND..
TAk tau baper lama dier disana..
Maybe sebulan, setahun, sepuluh tahun or bertahun-tahun dier disana..
YA ALLAH apakah dugaan yg ko berikan pada hamba mu ini..??
Selama dier pergi jauh disana..
Ada muncul pulak lelaki lain dalam hidupku ini..
Dier menaruh harapan pada diriku..
Tapi aku tak mampu nak menipu diriku ini bahawa hatiku telah di isi oleh orang lain..
Aku bgthu dier bahawa dier sudah terlambat sedikit hadir dalam hidup aku..
Ntah mengapa dier nak terus menyayangi diriku ini..
sehingga membuat aku sering berada dalam keadaan bersalah..
Aku tak dapat menipu diriku bahawa hati aku telah dimiliki oleh orang lain..
Walaupon dier tak terlalu menyintai diriku ini..
Aku menganggap semua ini adalah satu dugaan bagi diriku..
Diharap aku akan dapat mengatasinya..
Dan satu hari nanti pasti kebahagiaan akan hadir dalam hidup aku ini..
Berdoalah aku akan dapat bertahan denagn semua dugaan yang hadir dalam hidup aku ini..
Aminnn...